Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Manage PermissionsManage Permissions

SESI TAKLIMAT DAN BENGKEL BAGI MEMBERIGAKAN PROSEDUR TETAP OPERASI KEBANGSAAN (NASOP)

IMG-20170323-WA0081 (250).jpg

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong hari ini mengendalikan sesi taklimat dan bengkel bagi memberigakan Prosedur Tetap Operasi Kebangsaan (NaSOP) bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong.

Sesi taklimat dan bengkel yang berlangsung selama 1 hari ini bertujuan untuk memberigakan NaSOP dengan memberi tumpuan kepada aspek operasi bencana di peringkat daerah di samping memberi penekanan terhadap peranan dan tanggungjawab semua stakeholder berkepentingan khususnya agensi-agensi kerajaan dalam pengurusan semasa operasi bencana secara holistik.

Sesi tersebut yang disertai oleh seramai lebih kurang 40 orang peserta terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (District Disaster Management Committee – DDMC) merupakan komitmen berterusan NDMC dalam memastikan pengurusan operasi bencana bersepadu yang mantap dan berkesan di segenap peringkat.

Hadir di sesi taklimat dan bengkel ialah; Yang Mulia Awang Abdul Rahim bin Haji Ismail, Pemangku Pengarah NDMC; Yang Mulia Awang Haji Adanan bin Haji Adam, Pemangku Pegawai Daerah Temburong serta pegawai-pegawai kanan di Daerah Temburong.

NaSOP telah selesai dibentuk pada tahun 2012 dengan kerjasama padu pelbagai agensi. Ianya adalah garis panduan dan sumber rujukan bagi semua stakeholder yang berkenaan demi memastikan pengurusan operasi bencana yang mantap dan berkesan.

Created at 23/03/2017 11:45 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 23/03/2017 11:45 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani