Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Manage PermissionsManage Permissions

LATIHAN TABLE-TOP LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN (01/2017)

LBK 20 21 Jun Image small.jpg

Latihan Table-Top (TTX) Latihan Bencana Kebangsaan (01/2017) yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 20 hingga 21 Jun 2017 di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas bertujuan untuk mengemas kini Prosedur Tetap Operasi (SOP) dalam pengurusan bencana.


Ia juga dihasratkan untuk mengembangmajukan Incident Command System (ICS) bagi memastikan koordinasi, aliran perintah dan kawalan serta kerjasama yang berkesan dalam kalangan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengurus bencana.


Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Pembukaan Latihan Bencana Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini.


Beliau seterusnya menjelaskan, latihan tersebut adalah dengan mengambil kira 'lesson learnt' dari ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2016 (ARDEX 16) yang telah diadakan pada 29 November hingga 1 Disember tahun lalu di Negara Brunei Darussalam.

 

"Objektif latihan ialah menguji cuba mekanisme tahap pengurusan bencana peringkat daerah (Tahap 1) dan peringkat kebangsaan (Tahap 2); mengenal pasti 'operational gaps' bagi SOP yang diguna pakai oleh semua agensi berkaitan khususnya agensi-agensi petindak bagi tujuan 'review' dan kemas kini; menguji cuba jalinan kerjasama dalam kalangan pelbagai agensi, mengenal pasti keupayaan aset-aset operasi bencana yang sedia ada serta menguji cuba kapasiti dan keupayaan negara dalam melaksanakan 'whole-of-nation approach' bagi menangani bencana alam dan bencana buatan manusia," tambahnya lagi.

 

Latihan pertama ini menyaksikan penglibatan pelbagai agensi terdiri dari NDMC, JBP; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, National Security Coordination Centre (NSCC) Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS), Jabatan-jabatan Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Brunei Shell Petroleum, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bandaran Tutong, Program Khidmat Bakti Negara dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

 

Latihan Bencana Kebangsaan 2017 yang seterusnya akan dikendalikan dalam format Latihan Simulasi Padang (FTX) bagi menguji cuba pelaksanaan operasi bersepadu di peringkat daerah dan peringkat kebangsaan oleh semua agensi berkaitan khususnya agensi-agensi bertindak, yang mana akan menyaksikan pengerahan aset-aset tenaga dan lojistik di tempat kejadian.


Created at 05/07/2017 11:35 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 05/07/2017 11:35 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani