Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PESERTA KURSUS PEGAWAI STAF RENDAH (JSC) TAHUN 2017

APJ10367.jpg

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) hari ini (4 Disember 2017) menerima lawatan sambil belajar dari seramai 36 orang peserta Kursus Pegawai Staf Rendah Tahun 2017.

 

Lawatan bertujuan untuk mempelajari fungsi, peranan dan kepentingan NDMC dalam membuat koordinasi operasi bencana di kalangan agensi-agensi berkaitan.

 

Kehadiran rombongan peserta yang diketuai oleh Yang Mulia 540 Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Tuah dialu-alukan oleh Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Pengarah NDMC.

 

Semasa berada di NDMC, para peserta telah mendengarkan taklimat daripada Yang Mulia Pengiran Haji Sabli bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Penolong Pengarah NDMC.

 

Kursus Pegawai Staf Rendah (JSC) Tahun 2017 dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PKP AP ABDB) mulai 5 September hingga 8 Disember 2017.

Created at 08/12/2017 14:41 by Mohamad Syazwan Bin Nordin
Last modified at 08/12/2017 14:41 by Mohamad Syazwan Bin Nordin