Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Manage PermissionsManage Permissions

Lawatan sambil belajar bagi para peserta 'Public Relations and Editorial Workshop',Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan.

DSCF0668.JPG

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) hari ini (27 September 2018) menerima lawatan sambil belajar dari seramai 25 orang peserta Kursus 'Public Relations and Editorial Workshop', Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan.

Lawatan bertujuan untuk mengetahui:-

1. Struktur Organisasi NDMC,

2. Strategi dan Rangka Kerja Kemmunikasi dan Liputan Media semasa kejadian bencana,

3. Lawatan Fasiliti.

Kehadiran rombongan peserta yang diketuai oleh Sasteranajuri bin Haji Kamis dialu-alukan oleh Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Pengarah NDMC.

Semasa berada di NDMC, para peserta telah mendengarkan taklimat daripada Yang Mulia Siti Joriahati binti Johari, dan Yang Mulia Mohammad Adib bin Matali, PTTK II, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Kursus 'Public Relations and Editorial Workshop' berlangsung selama tiga (03) hari bermula 25 September 2018 hingga 27 September 2018.


Created at 27/09/2018 14:47 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi
Last modified at 27/09/2018 14:47 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi