Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Manage PermissionsManage Permissions

Negara Brunei Darussalam Mengkerahkan Dua Ahli ASEAN -ERAT ke Sulawesi, Indonesia

PHOTO-2018-10-10-13-11-39.jpg

​Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) telah menghantar dua orang ahli ASEAN-ERAT (Emergency Response Assessment Team) dari Negara Brunei Darussalam (seorang dari NDMC dan seorang dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) ke Sulawesi, Indonesia pada 10 Oktober 2018 untuk memberi bantuan kepada Kerajaan Indonesia dalam pengurusan operasi bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Indonesia.


Gempa bumi dengan kekuatan Magnitude 7.4 dan tsunami telah melanda Sulawesi Tengah, Indonesia pada 28 September 2018. Berdasarkan kepada Laporan Situasi No. 09 bertarikh 08 Oktober 2018 keluaran ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), seramai 10,679 orang mendapat kecederaan dan 1,948 korban jiwa dicatatkan sehingga kini dan 74,444 orang kehilangan tempat tinggal.


Ahli -ahli ASEAN-ERAT dari Negara Brunei Darussalam, Indoneisa, Malaysia, Singapura san Thailand telah ditugaskan oleh AHA Centre selama 10 hari untuk membuat penilaian segera di kawasan-kawasan terjejas dan mengumpul maklumat tentang skala dan impak bencana, disamping menilai keperluan penduduk yang terjejas sebagi mendukung usaha-usaha pihak Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Indonesia.


Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin. Juga hadir, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan merangkap Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pegawai-Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan-Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, JAPEM dan Anggkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).


Ahli ASEAN-ERAT dikerahkan sebagai salah satu tindakan Negara Brunei Darussalam untuk memperkukuhkan lagi semangat ASEAN dan mempamerkan komitmen negara dalam mendukung perlaksanaan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan Deklarasi 'One ASEAN One Response'.


Perkembangan di Sulawesi, akan terus dipantau dari semasa ke semasa oleh Negara Brunei Darussalam melalui AHA Centre dan NDMC.


Created at 10/10/2018 14:22 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi
Last modified at 10/10/2018 14:22 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi