Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Saranan dan Nasihat

Manage PermissionsManage Permissions

TINDAKAN MENGHADAPI BANJIR

APA PERLU DIBUAT

  • Ketahui tempat-tempat penempatan sementara.
  • Simpan air minum dalam kontena bersih dan bekalan pertolongan kecemasan.
  •  Simpan dokumen-dokumen penting.
  •  Sentiasa mengambil maklum melalui radio, televisyen mengenai keadaan cuaca dan amaran banjir.


SEMASA BANJIR

  • Pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
  • Jika air semakin naik tolong matikan semua peralatan elektrik.
  • Jangan bermain air banjir kerana kemungkinan ada bahaya seperti sengatan binatang, penyakit, aliran kejutan elektrik dan sebagainya.
  • Jangan cuba menyeberangi sunai atau longkang yang beraliran deras.
  • Jika kenderaan terhenti, tinggalkan tempat itu serta-merta dan cari tempat selamat.
  • Hubungi 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk meminta bantuan dan ikuti perkembangan terkini.


SESUDAH BANJIR

  • Kembali ke rumah apabila sudah diumumkan selamat.
  •  Jangan terus masuk ke dalam rumah sehingga semuanya dipastikan selamat daripada bahaya.
  • Gunakan air bersih.
  •  Beri bantuan untuk menyusun kembali barang-barang yang dipindahkan.


HINDARI PERKARA BERIKUT:-

  • Jangan meminum air banjir.
  • Jangan menyentuh mana-mana kabel atau wayar elektrik yang jatuh.
  • Jangan dibiarkan kanak-kanak bermain berhampiran longkang atau sungai.


JIKA BISKITA BERADA DI DALAM KENDERAAN

  • Berjaga-jaga terhadap tanda-tanda banjir dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa.
  • Elakkan memandu ke kawasan jalan yang dilanda banjir jika kurang pasti kedalamannya.
  • Jika kenderaan biskita terhenti di kawasan banjir segera tinggalkan dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
  • Jangan memandu melalui air banjir yang deras kerana boleh membahayakan biskita.
  • Hubungi 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat atau 993 untuk Pasukan Polis Diraja Brunei jika memerlukan bantuan.
  • Beri isyarat kecemasan seperti melambai atau berteriak.


JIKA BERADA DI ATAS JALAN RAYA

  • Ikut panduan papan tanda dan amaran paras air banjir.
  • Tunggu di tempat tinggi atau tempat tidak ditenggelami air sehingga penyelamat sampai ke tempat kejadian.
  • Sila hubungi 140 untuk Pusat Pemedulian Pelanggan Jabatan Kerja Raya dan 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi melaporkan kejadian banjir.

Koala.jpg



Attachments
Created at 24/12/2016 09:32 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 24/12/2016 18:03 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani