Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Saranan dan Nasihat

Manage PermissionsManage Permissions

Langkah-langkah melindungi diri semasa Jerebu

Jerebu ialah satu fenomena yang berlaku apabila debu halus (particle) yang kering seperti habuk, asap dan sebagainya mencemari udara. Jerebu boleh menyebabkan kesan-kesan alahan (allergy) seperti gatal-gatal kepada tubuh badan termasuk mata, hidung dan kerongkong yang boleh menyebabkan batuk, selsema, mata berair dan kesukaran bernafas.

Jerebu juga boleh lebih memudaratkan lagi keadaan bagi mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang kronik seperti asma (ampus).
Langkah-langkah melindungi diri daripada kesan akibat jerebu terhadap kesihatan termasuklah:
  • Mengelakkan daripada berada di luar rumah untuk jangkamasa yang lama.
  • Mengurangkan aktiviti di luar rumah.
  • Mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti mencuci muka dan tangan sebaik saja masuk ke dalam rumah.
  • Banyak meminum air bagi mengelakkan daripadi dehydrasi terutama semasa cuaca panas.
  • Menggunakan krim atau losyen pelembap bagi kulit yang kering.
  • Menggunakan cecair titik mata yang tidak mempunyai bahan pengawet (preservative-free eye drops) jika mata terasa pedih.
Orang ramai adalah juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pollutant Standard Index (PSI) di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (www.env.gov.bn)


PSI Jerebu.jpg

Attachments
Created at 26/09/2019 15:08 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi
Last modified at 26/09/2019 15:08 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi