Pengurangan Risiko Bencana
Membentuk pelan dan rangka kerja dasar dan strategic seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perintah Pengurusan Bencana 2006;
Peningkatan Keupayaan Operasi Bencana
Mengadakan latihan-latihan simulasi operasi bencana melalui kerjasama dan koordinasi yang mantap dengan sokongan padu agensi tempatan bagi memastikan para petindak daripada agensi-agensi berkaitan bersiapsedia bagi melaksanakan tindakan respon sekiranya bencana berlaku;
Peningkatan Kesedaran Awam
Mengadakan program, projek dan aktiviti kesedaran awam bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan orang awam agar sentiasa peka mengenai risiko bencana dan mengetahui tindakan yang harus diambil semasa menghadapi bencana;
Peningkatan Kapasiti Pentadbiran Dan Pengurusan
Menghantar para pegawa idan kakitangan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan jabatan-jabatan berkaitan bagi menghadiri latihan-latihan dan kursus pelbagai jurusan pengurusan bencana bagi meningkatkan kemahiran dan tahap profesionalisme;